Syarikat yang saya miliki ini adalah sebuah syirakat yang mempunyai suatu kelebihan didalam bidang menjahit. Dimana pihak kami telah memilih seramai seratus orang pekerja bagi menjahit segala tempahan untuk menjahit. Selain dari itu, kami merima tempahan untuk hari raya,hari kebangsaan,uniform-uniform sekolah dan kerajaan. Selain dari itu, syarikat kami telah mengambil pelajar untuk praktikal menjahit pakaian bagi sesi kemahiran pelajar. Tambahan pula, syarikat ini ditubuhkan pada tahun 2012 dan telah mengembangkan perniagaan selama 3 tahun di kluang. Cawangan tambahan kami telah di buka di parit raja, air hitam johor.
SEWING MACHINE
Tuesday 10 May 2016
Tuesday 3 May 2016
MISI,VISI DAN OBJEKTIF
Misi Syarikat
Berhasrat untuk memberi perkhidmatan dalam
bidang jahitan serta menyediakan khidmat yang terbaik dan berkualiti sejajar
dengan perkembangan dunia fesyen dan teknologi terkini. Bersedia untuk memenuhi
permintaan dari para pelanggan melalui kerja dan pengalaman sedia ada agar para
pelanggan berasa puas dengan hasil kerja. Seterusnya berpandangan jauh,
prihatin serta menonjolkan sikap inovatif bagi memantapkan lagi syarikat.
Visi Syarikat
Menjadi sebuah syarikat jahitan yang
professional dan terkenal serta berdaya saing dalam menyediakan perkhidmatan
yang terbaik kepada pelanggan.
Objektif Syarikat
Matlamat ataupun objektif utama syarikat adalah :
1.
Berurusan dengan lebih efisien dan
professional terhadap para pelanggan.
2. Pengendalian segala urusan mengikut tatacara
syarikat menerusi etika kerja dan penggarapan nilai murni di antara pembekal
dan para pelanggan.
3. Membekalkan perkhidmatan berkualiti dengan
menerapkan pelbagai jenis teknik pemasaran yang efektif bagi mencapai tahap
kepuasan pelanggan yang maksimum.
4. Sentiasa peka dan bersedia terhadap setiap
perubahan yang berlaku agar mutu perkhidmatan dipertingkatkan dari semasa ke
semasa.
5. Konsisten dalam menangani masalah tempahan dan
pembeliaan bekalan agar penghantaran produk dapat terus disalurkan kepada
pelanggan dengan segera.
Subscribe to:
Posts (Atom)